Sunday, May 5, 2013

Ping Pong



Permainan pingpong dikenali sebagai juga sebagai tenis meja dan merupakan salah satu permainan dalaman yang popular dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan ataupun secara berpasangan ( beregu ).

Permainan pingpong dipercayai bermula di England pada kurun ke-12. Ketika itu pemain tidak menggunakan peralatan seperti sekarang. Mereka menggunakan buku sebagai jaring, kadbod sebagai raket dan bola yang diperbuat daripada tali.

Dalam permainan pingpong, pemain perlu menguasai beberapa kemahiran seperti cara memegang bet dan cara melakukan pukulan, supaya dapat bermain dengan baik dan seterusnya meningkatkan prestasi permainan. Oleh sebab permainan pingpong adalah permainan yang pantas, pemain perlu sentiasa bersedia untuk membuat serangan atau bertahan. Kedudukan bersedia akan memudahkan pemain untuk bergerak dengan pantas mengikut keadaan. Selepas melakukan pukulan, pemain sepatutnya segera kembali kepada kedudukan bersedia. Kedudukan bersedia adalah dalam permainan pingpong adalah seperti berikut :

  • Buka kaki mengikut keselesaan
  • Bongkok sedikit
  • Berat badan pada kaki
  • Lutut, siku dan pergelangan kaki bengkok
  • Bet dibawa ke hadapan

Selesai membaca? Jom mainkan permainan di bawah untuk pemahaman anda tentang ping pong sebelum Kelas Pendidikan Jasmani yang akan datang.. ;)



No comments:

Post a Comment

 

Pendidikan Kesihatan dan Sains Sukan | Copyright © 2013 | Designed by Cik Bulat