Sunday, October 27, 2013
Monday, May 20, 2013
Tuesday, May 14, 2013
Wednesday, May 8, 2013
Kesihatan Diri dan Keluarga
Amalan pemakanan yang tidak sihat bermaksud pengambilan makanan yang terlalu sedikit berbanding keperluan metabolisme badan. Antara amalan pemakanan yang tidak sihat adalah berlapar,memuntahkan makanan yang dimakan dan memakan pil-pil pelangsing badan secara tidak terkawal.Amalan ini berpunca daripada masalah psikologi iaitu kebimbangan terhadap kegemukan yang berlebihan
Malnutrisi
keadaan yang terhasil atau terjadi apabila badan manusia memperolehi atau menerima kandungan yang tidak seimbang untuk vitamin, mineral dan nutrien yang lain, dimana kandungan tersebut diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tisu badan dan fungsi organ tubuh.
Kategori dan Jenis Malnutrisi
Malnutrisi boleh di kategori kepada 2 iaitu :
- Malnutrisi primer - keadaan dietri tidak teratur
- Malnutrisi sekunder - ketidaknormalan nutrisi akibat proses penyakit di dalam badan manusia
Klik show /hide untuk bermain.. :)
Gimnastik
Pengenalan
Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang,
malah ia memerlukan kekuatan fizikal
- kebolehlenturan (flexibility)
- kesedaran kinestetik
- ketepatan lakuan
- keseimbangan yang tinggi
Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan
yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi
risiko kecederaan yang teruk.
yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi
risiko kecederaan yang teruk.
Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:
- Pendaratan
- Statik
- Gerak edar
- Putaran
- Hamburan
- Ayunan
Tuesday, May 7, 2013
Monday, May 6, 2013
Ear Nose Throat Tutorial
Versi Bahasa Melayu
Sila paparkan dan simpan dokumen ini sebagai rujukan anda
Under Your Skin Tutorial
Did you know your skin is a living organ that houses millions of cells? Hairs, glands and veins are a few of the many tissues that occupy the
space under and on top of three layers of skin. Sometimes your skin can get infected for different reasons.
Study the diagram below. Keep it as your reference...
Klik the download button to download the exercise..
Versi Bahasa Melayu..
Versi Bahasa Melayu..
Adakah anda tahu kulit anda adalah organ yang hidup yang menempatkan berjuta-juta sel-sel? Rambut, kelenjar dan urat adalah beberapa banyak tisu yang menduduki ruang di bawah dan di atas tiga lapisan kulit. Kadang-kadang kulit anda boleh dijangkiti atas sebab-sebab yang berbeza.
Kaji gambar rajah di bawah. Simpan sebagai rujukan anda ...
Klik butang muat turun untuk memuat turun latihan ..
Sunday, May 5, 2013
Bon Apetite Arcade Game
Pemakanan Seimbang
Pemakanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.
A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.
B. Makanan membina badan
Protein adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.
C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pemakanan yang seimbang ialah pemakanan yang mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan. Panduan piramid pemakanan adalah merupakan satu saranan pengambilan pemakanan yang sempurna dan harus menjadi ikutan dalam pengambilan makanan harian. Pengambilan makanan yang mengikut kuantiti dan pada kelas makanan yang tertentu akan menjamin kesempurnaan dan keseimbangan diet harian. Dengan pengambilan makanan yang sistematik dan seimbang mengikut piramid makanan akan menghindari dari pelbagai penyakit akibat dari diet yang salah dan akan menjamin kesihatan yang optima.
Badminton
Pendidikan Jasmani Tingkatan 2
Tunjang Pembelajaran 2 : Kemahiran
Mohon Pelajar membaca nota di bawah sebelum kelas Pendidikan Jasmani yang akan datang..
Ping Pong
Permainan pingpong dipercayai bermula di England pada kurun ke-12. Ketika itu pemain tidak menggunakan peralatan seperti sekarang. Mereka menggunakan buku sebagai jaring, kadbod sebagai raket dan bola yang diperbuat daripada tali.
Dalam permainan pingpong, pemain perlu menguasai beberapa kemahiran seperti cara memegang bet dan cara melakukan pukulan, supaya dapat bermain dengan baik dan seterusnya meningkatkan prestasi permainan. Oleh sebab permainan pingpong adalah permainan yang pantas, pemain perlu sentiasa bersedia untuk membuat serangan atau bertahan. Kedudukan bersedia akan memudahkan pemain untuk bergerak dengan pantas mengikut keadaan. Selepas melakukan pukulan, pemain sepatutnya segera kembali kepada kedudukan bersedia. Kedudukan bersedia adalah dalam permainan pingpong adalah seperti berikut :
- Buka kaki mengikut keselesaan
- Bongkok sedikit
- Berat badan pada kaki
- Lutut, siku dan pergelangan kaki bengkok
- Bet dibawa ke hadapan
Selesai membaca? Jom mainkan permainan di bawah untuk pemahaman anda tentang ping pong sebelum Kelas Pendidikan Jasmani yang akan datang.. ;)
Fitness Frenzy
Drag and drop the clients in the elevator. Click on the appropriate floor number on the elevator. Drag and drop them on the correct equipment as per the client's demands. Move to the next equipment when done
Friday, May 3, 2013
Healthy Life
Ben needs a good balance of these things if he is to grow into a strong, healthy adult. Without water he will get dehydrated, without food he will get hungry and weak, without rest he will get tired and without exercise he will get lazy. Do what you can to make sure Ben lives a healthy life with this fun human body health and growth activity for kids.
So.. Lets Play this game for your basic understanding before we move to the next topic..
Subscribe to:
Posts (Atom)



